AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Isnin, Mac 14

JERAGAT


Apa Itu Jeragat?
Jeragat dikenali sebagai tompok hitam atau pigmentasi yang tumbuh pada bahagian badan terutamanya wajah. Ianya tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka menjadi kusam dan tidak bermaya sekaligus menjejaskan imej dan penampilan seseorang. Kehadiran tompok hitam ini membuatkan warna kulit menjadi tidak sekata.
Siapa Yang Berisiko?
Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun keatas. Tetapi, golongan awal 20an juga berisiko untuk menghadapinya. Ia merupakan perkara biasa terutamanya di kalangan wanita Asia. Wanita yang terdedah dengan cahaya matahari lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah jeragat.
Semakin berusia wanita itu, semakin banyak jeragat yang timbul seandainya tidak dikawal. Yang pasti, masalah jeragat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Cara Mengatasi.
Bagi mengelakkan terjadinya jeragat atau pigmentasi, kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E. Anda juga dinasihatkan utk mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, pastikan pengambilan air yang cukup bagi mengekalkan keanjalan kulit. Anda juga boleh mendapatkan rawatan dari salun kecantikan dan pakar kulit.
Ketahuilah bahawa salah satu kaedah yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan produk Beautee Ampoule secara konsisten. Anda disarankan menggunakan Whitening Beautee ampoule.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan